Saturday, November 27, 2010

Pendahuluan

Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca blog ini..
Terima kasih kerana menyinggah untuk menghilangkan kebosanan anda sambil sedang ber'facebook' atau menonton 'youtube' atau sedang membaca 'fanfiction' atau artikel-artikel .

Nama yang diberi adalah Sarah.Nama panjang biarlah diri sendiri dan yang mengenali diri ini yang tahu.
Seorang mahasiswi yang sedang berusaha untuk meminati kursus yang diambil.
Dilahirkan pada bulan Jun dan memiliki hampir 70 peratus sifat-sifat manusia yang dilahirkan pada bulan Jun menurut kajian Dr.Fadzilah Kamsah(sila 'google'kan sendiri untuk keterangan lanjut~)

Ok,sebenarnya aku sudah ada blog sendiri yang sudah lama ditinggalkan..
sebab apa? Virus M atau M.A.L.A.S.
Kenapa buat satu lagi?
Sebab aku nak cuba untuk memperbaiki kelemahan aku yang satu ini.. Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu yang digunakan oleh aku tidaklah dalam kategori gagal dengan cemerlang mahupun kategori cemerlang,gemilang dan terbilang.
Tapi, komunikasi dan penulisan aku dalam Bahasa Melayu memang rendah berbanding rakan-rakan sebaya.
Bahasa Inggeris aku pula boleh dikatakan agak elok.*perasan sekejap*
Taklah,elok dari Bahasa Melayu sebanyak 30 peratus.
Pelik,bukan?

Blog ini akan sepenuhnya(Insya Allah) ditulis dalam Bahasa Melayu.
Harapan aku bahasa rojak tidak akan digunakan selalu agar selari dengan tujuan aku untuk menulis blog ini.

Sekarang aku sedang melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu melayari internet dan menonton filem 'White Chicks' di televisyen.

Perasaan aku pada hari ini : Tidak suka sebab tidak boleh bermain basikal gara-gara cuaca.Suka sebab boleh tidur...Ok,budak pemalas.

Aku dah hilang fokus.Sampai sini sahajalah,ok?
Salam~


Selamat berjaya kepada pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM!

No comments:

Post a Comment