Sunday, October 23, 2011

Lagu~

 Assalaamualaikum, entri kedua ini pasal lagu. Rasanya ramai suka dengar lagu.Kalau berbakat,siap boleh
buat lagu lagi.Untungla~

Bagi aku,lagu harus ada.Kalau tiada lagu,kehidupan ini macam bosan sikit.
Kalau dengar radio tanpa lagu,asyik dengar berita 24 jam.Mana tak stress ?
Dahla tak cukup dengan berita dalam negara,masuk lagi berita hal luar negara terutama sekali
pelan-pelan Amerika dan Israel yang tamak haloba dengan minyak.
Oleh itu,lagu adalah penghilang stress untuk kehidupan manusia yang penuh stress selain daripada
melakukan ibadat.
Aku mahu beritahu kepada kalian semua tentang kesukaan lagu aku~

Lagu-lagu yang diminati:

Bahasa Melayu


Biarlah rahsia-Siti Nurhaliza
  
cr:By hazrina_j
(ini baru namanya tudung~ )

Ingat lagi tak kes dato' siti ada skandal dengan dato' k?
Lagu inilah yang keluar sebagai jawapan dato' Siti kepada media dan
masyarakat sekeliling.

Respon aku : Nampak sangat ada skandal dengan Dato' K.


Walaupun aku tak suka sangat makna disebalik lagu tu,namun aku terpaksa akur.
Lagu itu memang sedap dan menyayatkan hati.
Aku kalau bab-bab melayan lagu-lagu Melayu sangatlah gagal/teruk.
Boleh kira dengan jari siapa artis melayu aku kenal.
Dato' Siti,KRU,geng-geng artis AF yang popular(sangat-sangat popular,
untuk pengetahuan kalian-aizat!)



Hanya kau yang mampu- Aizat



cr: By aisma00

Aku suka hampir kesemua lagu Aizat yang popular,tapi kalau kata kesukaan
yang paling maksimum-ini lagunya.

Antara sebab aku suka lagu ini :
Ada elemen piano,violin dan rock.My favourite!(maaf-terlepas bi pula)

Kadang-kadang lagu tu tak ada suara yang gempak sangat pun,aku masih suka.
Sebab? Melodi lagu dia .


Aku paling suka dan cepat tangkap bunyi piano dan violin.
Bila aku tengah rasa macam 'depressed' la katakan,lagu macam ini sangat
emotional kalau dengar.

Dengar masa hujan renyai memang masyuk!

Gerenti beres-KRU


cr: By Farkrumania


Ini memang pasti ramai kaum hawa benci lagu ini.
Sebab lagu ini betul-betul dari perspektif seorang lelaki.
Aku dengar lagu ini ,aku pasti gelak.Sebab lagu ini sangat lucu.
Pastu aku akan nyanyi bersama-sama cuma dari perspektif perempuan.

Tukar ayat lelaki kepada perempuan.
Nikmat !hahaha

Lagu Bahasa Inggeris




1.Slim shaddy dan Stan -Eminem
   


cr: By Gemini2317918

Eminem,mat salleh hip hop yang sangat comel bagiku.
Dahla lagu best,penyanyi comel pula tu.
Tapi,lagu-lagu ini :
- perli banyak sangat,ok~
-banyak ayat sensitif (contoh : f-word tu aku dah banyak sangat dengar dari mulut mamat ni)
-lagu yang mulut lesen tak ada

*bagi sesiapa yang tengah belajar law,ctu atau subjek membaca,sila elak dengar.Habis ilmu lari.

Aku suka dengar lagu ini sebab lagu (atau rap) penuh dengan realiti.
Atau suka dengar si eminem kutuk orang padahal diri dia itu bukan betul sangat.Sila rujuk ke Wikipedia untuk pengetahuan lanjut~

2.
a)Semua lagu  Maher zain
By erieyohoho


Aku memang tabik spring dekat Maher Zain,untung isteri dia~
Dah la suami memang kategori lelaki baik,menyanyi pun sedap dan
muka pun comel~
Aku tak cemburu! TAK CEMBURU!


b)Semua lagu Bruno Mars
cr:By qrUnqestyLe


Michael Jackson
cr: By Tevenp
Perasan tak muka Bruno Mars macam muka MJ atau dikenali sebagai
Michael Jackson masa zaman awal-awal dia.
MJ dulu masa muda-muda comel bagi aku.Aku pasti ramai tak setuju,
Aku tak kisah,bagi aku dia comel.
Bruno Mars pun ada mirip dia.Makin la aku suka.

Lagu Bruno Mars tak pernah lah satu aku benci tahap gaban.
Semua lagu aku suka termasuklah lagu bagai menanam tebu di tepi bibir,
"Just the way you are". Siapa pergi percaya bila orang menyanyi lagu
itu,nampak sangat mudah kena ditipu. Dunia sekarang bukan boleh percaya
pun.


3.
a)Let me go- 3 Doors Down
cr: By AnimeAngel109080

Lagu ini aku suka sebab ada kaitan dengan diri aku.
Ada sejarah pahit juga dengan lagu ini.
Bila aku dengar atau nyanyi lagu ini,aku teringat dekat CS3.
CS3 ini nama timangan seseorang.Siapa orangnya? Biarlah rahsia~ :P

Kepada CS3,aku dengar lagu ini,aku teringat kat kau.
Lagu ini adalah inti perasaan aku pada kau. Aku doakan kau hidup bahagia.Kau baik,Insya Allah akan bertemu dengan orang baik.

b)Perfect(Clean version)-Pink
(gambar banyak seksi.aku tak mau tambah dosa)


Lagu ini pun bila aku ada masalah keyakinan diri rendah.
Sangat sesuai untuk dengar sebab lagu ini buat kita 'reset'
balik minda kita supaya sayang diri kita.
Ingat senang-senang ke Allah jadikan diri kita?


Lagu Indonesia


1.Bukan Superstar-Project Pop




cr: By sutrisno2629

Ini lagu sangat lucu dan gempak!
Aku memang suka bangat lagu ini!
Bila aku dengar lagu ini,memang aku menyanyi sepenuh hati~


"Kamu bukan Super!Kamu bukan Star!Kalau digabungin kamu bukan
Superstar!"

HAHAHAHA- 5 bintang ku kasi pada lagu ini sih!
Jangan lupe lihat music video die skali dong!

p/s:Aku suka menyanyi lagu ini kat satu member baik aku,memang
    hangin die bila aku menyanyi. Sorry sis,just joking~


2.Sheila on 7-Sephia,Aku pulang,30 hari mencari bintang,Seberapa pantas
  Peterpan-Mungkin nanti,Tak Bisakah



cr: By aminhahn

cr: By lemonjellos

Lagu-lagu ini memang best,kan?
Tak percaya?Dengarlah sendiri~


3.Wali Band


cr: By mianpow

Wali Band ini aku layan biasa-biasa saja.
Tapi sebab ada seorang member ini suka sangat lagu ini,aku pun
dengar jugalah lagu-lagu dari kumpulan ini.Memang gempak~
Terutama sekali lagu ketuhanan dia,Ya Allah dan taubat.
AKu pasti ramai insaf dengar lagu taubat itu.

"Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim"


Lagu Korea

1.Aku rasa lagu korea banyak sangat aku suka.Terutama sekali
lagu-lagu drama korea.


Sebab apa? Melodi lagu drama korea banyak guna instrumen
piano,violin dan guitar.Kadang-kadang lagu itu macam lagu orkesta boleh
jadi.


Aku tau lagu itu selalu muncul masa 'dramatic/crying scene' antara
hero dan heroin.

Lagu drama korea yang patut dengar:
1.Delightful girl Chun Hyang
2.Coffee house
3.My girl
4.Hong Gil Dong
5.Iljimae
6.Boys over flower (yang ini time second hero dan heroin,kalau tak silap)
7.Heart string(I miss you-Jung Yong Hwa)
8.You're Beautiful
9.Iris
10.East of Eden


Aku rasa banyak lagi lagu-lagu yang tak masuk carta.
Aku tengok balik macam carta drama-drama korea yang patut tengok pun ada.
HAHAHA

2.Aku layan IU,Younha,SOng Ji Eun,Lee Hyori dan Baek Ji Young.

3.Aku suka Miss A,f(x),2ne1,Kara,Girls Generation,BEG,T-ara dan Wonder Girls saje.
Dah banyak sangat sudah itu.

4.DBSK as 5,Homin,JYJ,CNBlue,Beast,SUJU,2pm,BigBang,Ukiss(Lagu neverland) dan
2am. Aku up-to-date yang top 6 saja.Itu pun on-off saja.

Sekalian,itu sahajalah untuk entri kali ini.
Dan aku tinggalkan entri kali ini dengan ucapan Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment